Cara-cara untuk memulakan perniagaan e-dagang
Setiap perkara yang dilakukan, pasti mempunyai rencana atau rancangan awal bagi memulakan sesuatu perkara. Begitu juga sekiranya jika anda ingin melibatkan diri dalam bidang e-dagang. Langkah permulaan yang baik dan sempurna akan memacu perkembangan yang lebih berkembang pada masa akan datang. Justeru, sebagai seorang peniaga yang baru bertapak atau berjinak-jinak di dalam bidang ini, haruslah belajar dan memperkemaskan diri dengan mengetahui langkah-langkah yang tepat dan betul bagi memulakan perniagaan e-dagang.
Antara cara-cara untuk memulakan perniagaan e-dagang adalah:
1) Menentukan hala tujuan dan matlamat sama ada ingin melakukan pemasaran produk melalui internet, perkhidmatan secara online, membina komuniti atau hanya ingin berkongsi ilmu atau info-info semasa sambil memperolehi keuntungan.
2) Mengenalpasti jenis produk yang ingin dijual. Produk tersebut mestilah mempunyai sasaran pengguna dan pembeli.
3) Menentukan sasaran jualan produk. Sejauh mana produk tersebut diterima oleh pengguna dan kumpulan sasaran yang menggunakan produk tersebut.
4) Mengenali siapakah pesaing pada produk anda. Anda mestilah mempunyai ilmu untuk memahami pasaran perniagaan dari segi permintaan dan kuantiti produk yang boleh diberikan dalam sesuatu masa.
5) Membuat kajian bagi memasarkan produk di internet. Perancangan yang rapi mesti dilakukan untuk bersaing di dunia maya. Anda seharusnya mempunyai strategi pemasaran yang baik disamping mempunyai produk yang berkualiti.
6) Sebagai langkah penjenamaan, anda hendaklah mencipta sign board atau papan tanda kepada pengguna. Tujuan papan tanda ini diwujudkan adalah memudahkan pengguna untuk mengingati jenis produk yang sedang anda pasarkan.
Setelah anda mengenal pasti jenis produk yang ingin anda pasarkan, anda bolehlah memikirkan bagaimana langkah seterusnya untuk membina kedai maya anda. Paling utama didalam perniagaan maya ialah memiliki domain dan hosting. Domain merupakan nama website atau nama kedai maya anda di internet manakala hosting pula ialah ruang server untuk menyimpan segala jenis data seperti gambar-gambar produk untuk diletakkan di internet.
Setelah anda memiliki kedai online, barulah anda boleh menjalankan aktiviti mempromosi barangan. Antara tapak-tapak yang terkenal untuk mempromosikan barangan adalah seperti di forum-forum, laman sosial contohnya di facebook, twitter dan juga di blog-blog sahabat handai dan banyak lagi.
Bagaimanapun, perkara yang paling penting bagi melariskan perniagaan di dalam e-dagang adalah membina tembok kepercayaan pelanggan terhadap sesuatu produk. Ini juga merupakan langkah awal yang harus diambil berat bagi memulakan perniagaan secara online.
Cara termudah untuk memulakan perniagaan e-dagang anda adalah dengan menggunakan sistem kedai online eCatalog Plus. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.firstonline.net/ecatalog ataupun hubungi First Online untuk penerangan lebih lanjut http://www.sellonline.my/contact-us



