Bagaimana mendapatkan trafik (pengunjung) ke kedai online anda? (Bahagian 2)

Sebelum ini di Bahagian 1 terdapat 5 cara yang telah dibincangkan untuk meningkatkan trafik ke kedai online anda. Antara cara-cara tersebut ialah dengan menggunakan Pay Per Click (Google Adwords), Pay Per Click (Facebook), ber-blogging, rangkaian sosial (Facebook) dan melakukan pemasaran melalui video.

Di Bahagian 2 kali ini pula adalah kesinambungan daripada bahagian sebelumnya dimana akan di bincangkan lagi 5 cara untuk meningkatkan trafik ke kedai online anda. Berikut merupakan cara-cara lain untuk mendapatkan trafik:

1. Pemasaran melalui Forum

Kebayakan forum akan menyediakan signature atau tanda tangan untuk menempatkan URL atau laman web ahlinya. Keuntungan yang boleh didapati melalui pemasaran forum ini adalah trafik yang diterima lebih terarah. Misalnya, anda seorang peniaga alatan komputer, anda boleh berdiskusi mengenai hal-hal komputer ataupun memberi tips-tips berguna di ruangan khas yang telah disediakan.

Secara tidak langsung, anda dapat mempromosi laman web anda dibahagian bawah ruangan forum tersebut dan meningkatkan reputasi pengunjung untuk berkunjung di laman web anda. Selain itu, anda turut digalakkan untuk kerap membuka thread baru. Ini kerana post yang pertama lebih mendapat perhatian dari pengunjung yang lain.

2. Pemasaran melalui Email

Teknik ini menggunakan perkhidmatan kemudahan email yang bertujuan untuk  mempromosi produk atau servis bagi mendapatkan ramai pengunjung ke laman web. Anda hanya perlu mengumpul dan menyenaraikan alamat email kenalan anda dan kemudian menghantar email kepada mereka mengenai perniagaan online yang anda jalankan beserta link alamat laman web anda. Pasti mereka teruja untuk mengetahui barangan yang ingin anda tunjukkan.

3. Pengoptimuman Enjin Carian

SEO (Search Engine Oprimization) atau Pengoptimuman Enjin Carian adalah satu teknik untuk meningkatkan trafik atau pengunjung sesebuah laman web. SEO bertindak membantu dalam mempromosikan sesebuah halaman. Ia turut dikaitkan dengan teknik pemasaran yang menggunakan teks atau kandungan dalam satu laman web.

Secara ringkasnya, SEO ditakrifkan sebagai satu aktiviti untuk mengoptimumkan keseluruhan sistem laman web supaya lebih mesra kepada agen carian dan seterusnya meningkatkan trafik bagi sesuatu masa.

4. Pemasaran melalui Artikel

Cara ini hampir sama dengan menjadi tetamu di blog. Anda menulis artikel yang berkualiti dan berkaitan dengan perniagaan anda seterusnya menyebarkan artikel tersebut ke artikel-artikel directory.

Melalui cara ini anda boleh meningkatkan reputasi anda sebagai usahawan online kerana orang luar akan beranggapan perniagaan anda adalah perniagaan yang stabil dan secara tidak langsung mendapat backlink daripada mereka.

5. Press Release (PR)

Merupakan cara yang efektif untuk menghasilkan backlink. Hal ini kerana banyak blogger mengambil pengisian artikel dari halamn press release dan meletakkan di ruangan website mereka. Dengan cara begitu, link anda secara tidak langsung akan turut terikut dan dengan hanya bermodalkan pengisian artikel tersebut, anda berpotensi menghasilkan ratusan backlink.

——————————————————————————————–

© Copyright reserved by Malaysia eCommerce – Belajar cara termudah untuk menjual secara online dengan perisian eCatalog Plus

Subscribe To Our RSS Feed

News & Announcement